Quantcast
Channel: Mejuez
Viewing all 183 articles
Browse latest View live

5 Resepi Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap

$
0
0
Resepi Biskut Raya 2016. Sekarang ni banyak resepi diinvovasikan dengan pelbagai rasa dan rupa bentuk yang unik. Banyak bahan baru dan juga bahan lama digabungkan menjadi biskut paling sedap tahun ini. Jadi bagi mereka diluarsana mesti tertanya-tanya, apakah resepi biskut raya paling best tahun ini? Ramai juga mencari resepi terbaru dan terkini biskut raya untuk diuji kesedapannya. Tak terlepas juga untuk peniaga diluarsana, mereka memikirkan projek terbaru cara bagaimana nak buat bisnes biskut raya yang sedap dengan jayanya. Memikirkan resepi apakah yang terbaik untuk jualannya nanti.

Orang berniaga kena banyak berfikir, kena tahu memikirkan peluang yang ada untuk meningkatkan lagi mutu rasa biskut yang bakal dijual nanti. Mengikut peredaran trend terkini biskut raya, ramai diantara kita sukakan rupa bentuk yang unik dengan rasa yang sedap.

Manis, pedas, masam, masin salah satu teknik mempergayakan rasa biskut tersebut.

Kalau nak bisnes biskut raya berjaya, kena buat sampai jadi viral barulah orang akan tahu produk biskut kita. Dari situ kita akan dapat jana pendapatan lumayan atas sebab marketing percuma di media social hasil daripada penkongsian di facebook.

Untuk ini, saya senaraikan beberapa resepi biskut raya yang sedap dan mudah di buat untuk hari raya tahun 2016.

5 Resepi Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap



Resepi Biskut Oot Almond Cookies Biskut Raya 2016

1. Resepi Biskut Oot Almond Cookies Raya


Bahan-bahan :
  • 1 Cawan - Butter + Minyak Sapi (butter dan minyak sapi ni jadikan satu cawan, terpulang nak butter lebih atau minyak sapi lebih)
  • 2 Cawan - Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil - Baking Soda
  • 1 Cawan - Gula Kastor
  • 1 Cawan  - Gula Perang
  • 1 Sudu Kecil - Esen Vanilla
  • 2 1/2 Cawan - Oat (yang telah diblender halus)
  • Secubit Garam
  • 1 Sudu Kecil - Baking Powder
  • 2 Biji - Telur Ayam
  • 250 Gram - Coklat Bar (yang telah diparut)
  • 1 Cawan - Badam, Gajus atau Hazel (yang telah dibakar dahulu, kemudian dicincang kasar)
  • 3 Sudu Besar - Oat

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Oat Almond Cookies Raya
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan pula telur bersama esen vanilla.
  3. Lepas itu, pukul lagi.
  4. Untuk bahan kering. Satukan pula bersama tepung, oat halus, garam, baking soda, baking powder. Gaul bahan kering sehingga sebati. 
  5. Masukkan ke dalam adunan bahan basah tadi.
  6. Masukkan pula oat bersama parutan coklat bar dan almond. Gaul rata
  7. Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  8. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit.



Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Biskut Raya

2. Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya


Bahan-bahan :

  • 250 Gram - Butter (suhu bilik)
  • 150 Gram - Gula Caster
  • 1 Biji - Kuning Telur Ayam
  • 30 Gram - Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs)
  • 100 Gram - Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus)
  • 100 Gram - Tepung Jagung
  • 300 Gram - Tepung Red Rose atau tepung top
  • 250 Gram - Badam (cincang dan disangar tanpa minyak)
  • 300 Gram - Chocolate Masakan (cooking chocolate dicairkan)
  • 1 Biji - Putih Telur Ayam

Langkah-Langkah Cara Buat Cookies Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya

  1. Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung.
  2. Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.
  3. Pukul pula butter, gula & kuning telur hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
  5. Bulatkan doh sebesar guli.
  6. Celupkan pula doh bebola tadi kedalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.
  7. Letakkan diatas bekas dulang pembakar.
  8. Selepas itu bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)
  9. Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.
  10. Letak kan bebola chocolate kedalam mangkuk kertas.

Resepi Biskut Suji Almond Raya

3. Resepi Biskut Suji Almond Raya


Bahan-bahan :
  • 150 Gram - Mentega
  • 30 Gram - Minyak Sapi
  • 80 Gram - Gula Kaster
  • 1/2 Sudu Kecil - Esen Vanilla
  • 50 Gram - Serbuk Badam
  • 60 Gram - Tepung Suji
  • 220 Gram - Tepung Gandum
  • 1/4 Sudu Kecil - Serbuk Penaik
Hiasan : Kuning telur dan badam 

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Suji Almond Raya
  1. Sebatikan bahan seperti mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
  2. Kemudian masukkan pula bahan seperti tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
  3. Campur semua bahan tadi dalam satu bekas dan uli lembut adunan tersebut.
  4. Ratakan dengan pengelek lepas tu, terap dengan acuan bulat.
  5. Sapukan kuning telur dan taburkan pula untuk hiasan dengan badam nib.
  6. Bakar pada suhu oven sebanyak 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.


Resepi Biskut Milky Oreo Raya

4. Resepi Biskut Milky Oreo Raya


Bahan A :
  • 130 Gram - Butter
  • 70 Gram - Gula Kaster
  • 1/4 Sudu Kecil - Esen Vanila
  • Secubit garam
Bahan B :
  • 170 Gram - Tepung Gandum
  • 20 Gram - Tepung Jagung
  • 20 Gram - Tepung Beras
  • 20 Gram - Cornflakes (yang di kisar halus)
  • 20 Gram - Serbuk Badam (yang dibakar dulu)
  • 20 Gram - badam nib (yang dibakar dulu)
  • 20 Gram - Serbuk Oreo
  • 1/8 Sudu Kecil - Baking Powder
Cadangan Hiasan : Coklat Putih dan Serbuk Oreo

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Milky Oreo Raya
  1. Pukul semua bahan-bahan (A) hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan pula bahan (B) kepada bahan (A).
  3. Uli bahan-bahan tadi sehingga jadi doh. 
  4. Biarkan selama 20 minit.
  5. Selepas itu canai dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak.
  6. Bakar pada suhu oven sebanyak 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan
  7. Setelah masak, biarkan sejuk. 
  8. Celup pula dengan coklat putih serta terus tabur dengan serbuk oreo.
  9. Selepas coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Pandan Nestum Raya

5. Resepi Biskut Pandan Nestum Raya


Bahan-bahan :
  • 250 Gram - Mentega
  • 120 Gram - Gula Icing
  • 50 Gram - Nestum (yang telah kisar kasar)
  • 300 Gram - Tepung Redrose + 1/4 cawan
  • 1/4 Cawan - Susu Tepung
  • 2 Sudu Kecil - Pandan Paste
  • 1 Sudu Kecil - Baking Powder
  • Sedikit Pewarna Hijau (ikut suka mahu letak atau tidak)
Untuk hiasan : 1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning + Nestum secukupnya

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Pandan Nestum Raya
  1. Ayak tepung, dan satukan bersama susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
  2. Selepas itu, putar/pukul mentega dengan gula hingga naik sebati.
  3. Kemudian masukkan pula bahan seperti pandan paste dan pewarna hijau.
  4. Seterusnya, masukkan pula nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
  5. Langkah seterusnya, masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
  6. Terap dan sapu telur. 
  7. Tabur nestum di atasnya untuk hiasan.
  8. Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit

50 Resipi Biskut & Kek (Edisi Kedua)
Buku 50 Resipi Kek & Biskut diberi sentuhan baru dengan gambar-gambar penyediaan yang lebih menarik.

Terdapat 6 bonus resipi terkini yang pasti menyelerakan. Indikasi penyediaan yang jelas, iaitu tempoh penyediaan bahan dan tempoh memasak turut disertakan.

Resipi-resipi yang disediakan oleh Chef Hanieliza dalam buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan hidangan semasa hari perayaan ataupun sebarang majlis keraian, tetapi boleh dijadikan juadah minum petang.
50 Resepi Biskut Raya 2016 Dan Kek
Berminat Untuk Beli?
RM18

Beli Sekarang

Ok cukup 5 senarai resepi ringkas untuk buat biskut raya tahun ini. Jadi kepada mereka diluarsana yang mahukan resepi paling sedap dan boleh dijadikan sebagai hot item selling jangan segan jangan malu untuk membeli buku di atas, kerana apa?

Kerana buku itu adalah hasil daripada Chef terkenal Chef Hanieliza, beliau merupakan pakar masakan melayu dan juga pakar membuat resepi biskut dan kek yang sedap. Jangan lupa, harga buku RM 18 ini penuh dengan resepi terkini yang lazat dan sedap. Jangan lupa cuba ya!






Tudung Fareeda Dituduh Ciplak Tudung Lama Jadi Viral

$
0
0
Gara-gara tudung Fareeda menjadi viral di media sosial, saya terjumpalah satu statement dari Admin page mereka. Mereka cakap, orang lain yang ciplak idea tudung mereka. Betul ke?

"Salam semua, corak-corak seperti "ribbon" ini FAREEDA telah keluarkan sejak tahun 2011 lagi. Termasuk juga corak "love" dan "polkadot" yang sudah lama digunakan dan dikeluarkan oleh FAREEDA." kata Admin tersebut.

"Kita mesti ada kesedaran "Trademark" dan "Industrial Design" untuk bezakan antara design iaitu rupa bentuk dan rekaan tudung dengan corak-corak kain. Ada sesetengah corak-corak ini dibuat oleh pengilang-pengilang dengan berlainan jenis jenis dan kualiti kain. Kebanyakan corak-corak ini adalah universal dan dikeluarkan oleh pengilang-pengilang." jawapan Admin kepada netizen.

"Ada ramai cuba memanupulasikan corak-corak ini dengan rekaan tudung FAREEDA dengan mengatakan FAREEDA meniru." terkilan dengan status peniru, hakikatnya mereka adalah mengideakan design tersebut.

"Padahal rekaan FAREEDA yang banyak ditiru oleh para penciplak! Kalau tak takkan para penciplak dengan laju menciplak rekaan tudung FAREEDA demi mengaut keuntungan juga??? Terima kasih."

Itulah kata-kata dari Admin Fareeda sendiri, jadi? Disini kita tahu, benda paling senang nak ditiru adalah jenis fesyen. Kita tak boleh mengawal harta "Trademark" sebab di Malaysia ini bukan macam negara barat sana. Kalau insiden kes tiru meniru ni, di barat senang buat "saman" untuk menang atas sebab melanggar akta harta patten sesuatu produk. Tapi di Malaysia? Susah sebab jenis pakaian berfesyen ini senang ditiru dan susah nak trace siapa meniru siapa.



Tudung Fareeda Ciplak Tudung Lama

Tudung Fareeda Ciplak Tudung Lama


Trend Fesyen Terkini Kasut Raya 2016

$
0
0
Trend Fesyen Terkini Kasut Raya 2016


Trend Fesyen Terkini Kasut Raya 2016. Sekarang ini ramai anak gadis diluar sana sedang mencari baju raya 2016 untuk baju kurung moden lace prada yang sedang trending dengan mengikut trend fesyen terkini untuk zaman sekarang ini. Kini beralihlah pula pencarian mereka, mereka sekarang ini sedang sibuk mencari koleksi kasut tumit tinggi terkini dengan design yang cantik dan murah ada jual di Zalora Malaysia ke? Tapi dimanakah tempat beli kasut online terbaik untuk jenama popular dengan reka fesyen terkini mengikut warna dan design yang cantik? Kalau bagi saya, saya akan pilih website www.christyng.com kerana disana ada pelbagai jenis kasut baru dengan design terkini jauh lebih cantik dengan harga yang murah lagi berpatutan.

Sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi untuk tahun ini, maka ramailah diantara kita sedang sibuk mencari kasut raya 2016 di shopping mall berhampiran dan sebagainya. Tidak ramai yang tahu, dimanakah tempat terbaik untuk shopping online bagi beli kasut sempena raya ini. Jadi saya akan senaraikan koleksi kasut raya terkini dengan warna dan design yang cantik menawan.

Koleksi Terbaik Kasut Raya 2016 Dengan Trend Fesyen Terkini


Bawah ini adalah kasut jenis Wedges dengan rekaan design yang simple dan warna yang menawan. Saya tahu ramai diantara gadis diluarsana sukakan kasut jenis ini, lebih-lebih lagi gadis yang kurang ketinggian. Jadi, ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mahu mengayakan kasut fesyen terkini dengan brand terbaik untuk hari raya yang bakal tiba nanti.
Trend Fesyen Terkini Kasut Raya 2016

1. Nancy Pastel Green Wedges

Kasut ini dapat memakai dengan keadaan yang penuh keselesaan dan berkeyakinan kerana ini adalah rekaan Nancy Wedges! Dengan ketinggian platform wedges 3 inci ini diperbuat daripada micro fiber, PU kain yang baik dibuat dengan jahitan cara handmade. Tapak kaki pula diperbuat daripada getah synthethic dengan bahan yang tidak licin. Ia juga didatangi dengan tali pergelangan di kaki yang boleh buat pelarasan sepenuhnya.

Spesifikasi Kasut

  • 3 " Wedges dengan 1" platform hadapan.
  • PU, kain dan buatan manusia bahan-bahan
  • Getah Tiruan Slip Non Sole
  • Mint hijau

Berminat? Boleh buat pembelian di sini.



Trend Fesyen Terkini Kasut Raya 2016
2. Sakura Maroon Mules Heels

Kasut ini merupakan warna daripada ala' Sakura Maroon dengan kulit luar jenis Suede Mules. Sepasang kasut ini digayakan Mules dengan menampilkan corak silang yang unik di hadapan kaki serta dilengkapi dengan tumit 4 inci. Kasut Sakura Maroon Mules Heels ini merupakan hasil buatan tangan dan ia juga boleh tergelincir bila seseorang itu tidak biasa dengan kasut tumit tinggi 4 inci. Reka bentuk yang serba boleh dan klasik ini adalah satu kemestian kerana ianya didatangi dengan warna yang mengoda dan cantik bila memakainya.

Spesifikasi Kasut
  • Kasut Tumit Tinggi 4 inci
  • Jenis Suede
  • Sepenuhnya empuk di dibahagian kaki
  • Mengunakan getah sintetik ditapak kaki dan ianya tidak licin
  • Warna Maroon

Berminat? Anda boleh buat pembelian di sini.



Trend Fesyen Terkini Kasut Raya 2016
3. Macy Red Wedges

Dapat memberikan keanggunan dengan gaya yang selesa daripada kasut Macy Wedges. Kasut ini dengan ketinggian 3.5 inci Wedges dengan mempunyai platform yang dibalut dengan kain denim coklat. Bahagian depan Wedges ini didatangi dengan tali berpalang dan tali pergelangan kaki boleh dilaras. 

Spesifikasi Kasut
  • 3.5 inci Wedges bersama 1” inci platform hadapan
  • Jenis kain suede
  • Bahan Synthetic Rubber Non Slip Sole
  • Warna Red

Berminat? Anda boleh buat tempahan di sini.


Ok, cukup 3 senarai pilihan kasut terbaik bagi citarasa saya sendiri. Jika anda berminat mahu beli dengan reka bentuk yang lain anda boleh lawati pautan di www.christyng.com ini. Jangan terkejut, anda juga boleh design sendiri dengan CUSTOM rupa bentuk dengan corak serta warna pilihan anda sendiri di dalam website tersebut. Apa yang menarik, disana menawarkan pakej harga berpatutan. Jangan lupa, shopping online ok sempena Raya 2016 ini.






5 Resepi Biskut Raya 2016 Terkini Ringkas Dan Sedap

$
0
0
Resepi Biskut Raya 2016. Sekarang ni banyak resepi diinvovasikan dengan pelbagai rasa dan rupa bentuk yang unik. Banyak bahan baru dan juga bahan lama digabungkan menjadi biskut paling sedap tahun ini. Jadi bagi mereka diluarsana mesti tertanya-tanya, apakah resepi biskut raya paling best tahun ini?

Ramai juga mencari resepi terkini dan terbaru biskut raya untuk diuji kesedapannya. Tak terlepas juga untuk peniaga diluarsana, mereka memikirkan projek terbaru cara bagaimana nak buat bisnes biskut raya yang sedap dengan jayanya. Memikirkan resepi apakah yang terbaik untuk jualannya nanti.

Orang berniaga kena banyak berfikir, kena tahu memikirkan peluang yang ada untuk meningkatkan lagi mutu rasa biskut yang bakal dijual nanti. Mengikut peredaran trend terkini biskut raya, ramai diantara kita sukakan rupa bentuk yang unik dengan rasa yang sedap.

Manis, pedas, masam, masin salah satu teknik mempergayakan rasa biskut tersebut.

Kalau nak bisnes biskut raya berjaya, kena buat sampai jadi viral barulah orang akan tahu produk biskut kita. Dari situ kita akan dapat jana pendapatan lumayan atas sebab marketing percuma di media social hasil daripada penkongsian di facebook.

Untuk ini, saya senaraikan beberapa resepi biskut raya yang sedap dan mudah di buat untuk hari raya tahun 2016.

5 Resepi Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap


Resepi Oat Almond Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap
1. Resepi Biskut Oot Almond Cookies Raya

Bahan-bahan :
  • 1 Cawan - Butter + Minyak Sapi (butter dan minyak sapi ni jadikan satu cawan, terpulang nak butter lebih atau minyak sapi lebih) 
  • 2 Cawan - Tepung Gandum 
  • 1 Sudu Kecil - Baking Soda 
  • 1 Cawan - Gula Kastor 
  • 1 Cawan - Gula Perang 
  • 1 Sudu Kecil - Esen Vanilla 
  • 2 1/2 Cawan - Oat (yang telah diblender halus) 
  • Secubit Garam 
  • 1 Sudu Kecil - Baking Powder 
  • 2 Biji - Telur Ayam 
  • 250 Gram - Coklat Bar (yang telah diparut) 
  • 1 Cawan - Badam, Gajus atau Hazel (yang telah dibakar dahulu, kemudian dicincang kasar) 
  • 3 Sudu Besar - Oat 

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Oat Almond Cookies Raya
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan pula telur bersama esen vanilla.
  3. Lepas itu, pukul lagi.
  4. Untuk bahan kering. Satukan pula bersama tepung, oat halus, garam, baking soda, baking powder. Gaul bahan kering sehingga sebati. 
  5. Masukkan ke dalam adunan bahan basah tadi.
  6. Masukkan pula oat bersama parutan coklat bar dan almond. Gaul rata
  7. Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  8. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit.



Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap
2. Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya

Bahan-bahan :
  • 250 Gram - Butter (suhu bilik) 
  • 150 Gram - Gula Caster 
  • 1 Biji - Kuning Telur Ayam 
  • 30 Gram - Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs) 
  • 100 Gram - Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus) 
  • 100 Gram - Tepung Jagung 
  • 300 Gram - Tepung Red Rose atau tepung top 
  • 250 Gram - Badam (cincang dan disangar tanpa minyak) 
  • 300 Gram - Chocolate Masakan (cooking chocolate dicairkan) 
  • 1 Biji - Putih Telur Ayam 

Langkah-Langkah Cara Buat Cookies Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya
  1. Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung.
  2. Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.
  3. Pukul pula butter, gula & kuning telur hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
  5. Bulatkan doh sebesar guli.
  6. Celupkan pula doh bebola tadi kedalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.
  7. Letakkan diatas bekas dulang pembakar.
  8. Selepas itu bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)
  9. Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.
  10. Letak kan bebola chocolate kedalam mangkuk kertas.



Resepi Suji Almond Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap
3. Resepi Biskut Suji Almond Raya

Bahan-bahan :

  • 150 Gram - Mentega
  • 30 Gram - Minyak Sapi
  • 80 Gram - Gula Kaster
  • 1/2 Sudu Kecil - Esen Vanilla
  • 50 Gram - Serbuk Badam
  • 60 Gram - Tepung Suji
  • 220 Gram - Tepung Gandum
  • 1/4 Sudu Kecil - Serbuk Penaik

Hiasan : Kuning telur dan badam

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Suji Almond Raya

  1. Sebatikan bahan seperti mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
  2. Kemudian masukkan pula bahan seperti tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
  3. Campur semua bahan tadi dalam satu bekas dan uli lembut adunan tersebut.
  4. Ratakan dengan pengelek lepas tu, terap dengan acuan bulat.
  5. Sapukan kuning telur dan taburkan pula untuk hiasan dengan badam nib.
  6. Bakar pada suhu oven sebanyak 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.



Resepi Milky Oreo Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap
4. Resepi Biskut Milky Oreo Raya

Bahan A :

  • 130 Gram - Butter
  • 70 Gram - Gula Kaster
  • 1/4 Sudu Kecil - Esen Vanila
  • Secubit garam
Bahan B :

  • 170 Gram - Tepung Gandum
  • 20 Gram - Tepung Jagung
  • 20 Gram - Tepung Beras
  • 20 Gram - Cornflakes (yang di kisar halus)
  • 20 Gram - Serbuk Badam (yang dibakar dulu)
  • 20 Gram - badam nib (yang dibakar dulu)
  • 20 Gram - Serbuk Oreo
  • 1/8 Sudu Kecil - Baking Powder

Cadangan Hiasan : Coklat Putih dan Serbuk Oreo

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Milky Oreo Raya

  1. Pukul semua bahan-bahan (A) hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan pula bahan (B) kepada bahan (A).
  3. Uli bahan-bahan tadi sehingga jadi doh.
  4. Biarkan selama 20 minit.
  5. Selepas itu canai dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak.
  6. Bakar pada suhu oven sebanyak 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan
  7. Setelah masak, biarkan sejuk.
  8. Celup pula dengan coklat putih serta terus tabur dengan serbuk oreo.
  9. Selepas coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



Resepi Pandan Nestum Raya 2016 Ringkas Dan Sedap
5. Resepi Biskut Pandan Nestum Raya

Bahan-bahan :

  • 250 Gram - Mentega
  • 120 Gram - Gula Icing
  • 50 Gram - Nestum (yang telah kisar kasar)
  • 300 Gram - Tepung Redrose + 1/4 cawan
  • 1/4 Cawan - Susu Tepung
  • 2 Sudu Kecil - Pandan Paste
  • 1 Sudu Kecil - Baking Powder
  • Sedikit Pewarna Hijau (ikut suka mahu letak atau tidak)

Untuk hiasan : 1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning + Nestum secukupnya

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Pandan Nestum Raya

  1. Ayak tepung, dan satukan bersama susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
  2. Selepas itu, putar/pukul mentega dengan gula hingga naik sebati.
  3. Kemudian masukkan pula bahan seperti pandan paste dan pewarna hijau.
  4. Seterusnya, masukkan pula nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
  5. Langkah seterusnya, masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
  6. Terap dan sapu telur.
  7. Tabur nestum di atasnya untuk hiasan.
  8. Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit



50 Resipi Biskut & Kek (Edisi Kedua)

Buku 50 Resipi Kek & Biskut diberi sentuhan baru dengan gambar-gambar penyediaan yang lebih menarik.

Terdapat 6 bonus resipi terkini yang pasti menyelerakan. Indikasi penyediaan yang jelas, iaitu tempoh penyediaan bahan dan tempoh memasak turut disertakan.

Resipi-resipi yang disediakan oleh Chef Hanieliza dalam buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan hidangan semasa hari perayaan ataupun sebarang majlis keraian, tetapi boleh dijadikan juadah minum petang.

50 Resepi Biskut Dan Kek Sedap Ringkas Terkini
Berminat Untuk Beli?
RM18


Ok cukup 5 senarai resepi ringkas untuk buat biskut raya tahun ini. Jadi kepada mereka diluarsana yang mahukan resepi paling sedap dan boleh dijadikan sebagai hot item selling jangan segan jangan malu untuk membeli buku di atas, kerana apa?

Kerana buku itu adalah hasil daripada Chef terkenal Chef Hanieliza, beliau merupakan pakar masakan melayu dan juga pakar membuat resepi biskut dan kek yang sedap. Jangan lupa, harga buku RM 18 ini penuh dengan resepi terkini yang lazat dan sedap. Jangan lupa cuba ya!




Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia

$
0
0
Pengalaman Beli Phone Xiaomi Malaysia

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia


Dulu saya kurang yakin dengan pembelian secara online ni, lagi-lagi bab harga jatuh kepada ratusan ringgit untuk sebuah smartphone. Tapi keterujaan saya untuk memiliki sebuah smartphone daripada jenama Xiaomi buatkan saya nekad untuk beli tanpa rasa ragu-ragu dengan pemikiran negetif terhadap review orang ramai tentang service penghantaran pihak Mi Malaysia lambat dan sebagainya.

Siapa tak takutkan, kalau kita beli phone secara online dengan bayaran ratusan ringgit untuk kali pertama. Mestilah rasa jantung saya ni berdetak dengan lebih kencang.

Rasa gabra ok!

Otak banyak fikir dengan memikirkan perasan takut jika phone hilang semasa proses penghantaran sedang dilakukan macam mana? Otak ni terlalu memikirkan barang tidak sampai, kalau barang rosak pun susah. Itu menyebabkan saya rasa tidak selesa buat kali pertama mahu membeli phone secara online.

Tapi saya tolak ketepi, biar perasaan takut itu saya alami sendiri.

Dengan niat untuk beli Xiaomi model Mi4i buat kali pertama pada 28.5.2015 dengan bayaran cash melalui Maybank2u buatkan rasa diri ini puas dengan gembiranya. Ini adalah pengalaman rasa teruja, sebab pertama kali beli phone melalui online di website rasmi Mi Malaysia.

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia

Kelebihan Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia


Kelebihan bila kita beli phone di Xiaomi Mi Malaysia ni, kita akan dapat cover warranty khas dari Mi Malaysia Official punya untuk 1 tahun (tertakluk terma dan syarat)

Ingat!
Jika anda beli imported set / AP Set device untuk phone Xiaomi mungkin anda akan dapat warranty 1 tahun, TAPI Mi Malaysia tidak ada hak pemberian claim warranty atas barangan smartphone AP Set / Imported Set phone dari pihak ketiga
Ia hanya sah laku claim warranty dimana anda beli sahaja.

Contoh :
Kalau anda beli di DirectD untuk phone Xiaomi jenis AP SET / Imported Set, kemudian selang beberapa minggu phone itu rosak atau sebagainya anda tidak boleh claim warranty atas pihak Mi Malaysia. Sebab pertama, anda telah beli phone AP SET / Imported Set dari DirectD.

Jadi anda kena claim warranty dekat DirectD sahaja jika ada kerosakan.


Macam Mana Nak Claim Warranty Xiaomi Malaysia?

Apa yang menarik kalau beli barangan dari Official Mi Malaysia kita boleh claim warranty jika ada kerosakan atau sebagainya. Anda boleh buat rujukan di bawah ini.

Cara buat semakan Xiaomi Warranty Mi Malaysia boleh rujuk di sini.

Kelebihan seterusnya dari segi harga. Harga dari website rasmi Xiaomi Malaysia adalah jauh lebih murah berbanding harga dari pihak ketiga. Ini adalah kelebihan paling ketara, sebab harga dari pihak ketiga ada yang mahal diantara RM50-RM200 untuk seunit.


Berapa Lama Tempoh Masa Penghantaran Dilakukan?


Bagi pengalaman pertama saya beli phone secara online di Mi Malaysia adalah model Xiaomi Mi4i White 16G dengan harga RM749 termasuk GST amatlah menyenangkan. Tempoh yang diambil untuk sampai ke rumah adalah lebih kurang dalam 5 hari sahaja.

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia


  • Buat tempahan pada 28.5.2015.
  • Buat pembayaran pada 28.5.2015
  • Proses pembungkusan pada 29.5.2015
  • Masa penghantaran pada 29.5.2015
  • Tempoh menunggu pada 30.5.2015
  • Tempoh menunggu pada 31.5.2015
  • Sampai rumah pada 1.6.2015


Ambil masa 5 hari sahaja dari awal pembayaran sehinggalah sampai ke rumah dengan menggunakan courier company dari CITYLINK.

Jujur cakap, saya lebih gemar mereka hantar menggunakan CITYLINK. Sebab Citylink menjalankan service dan tanggungjawab dengan pantas sekali. Kalau penghantaran melalui GDEX, al maklumlah barang kalau terlewat sikit boleh delay 1 minggu. Saya pernah terjadi situasi macam itu dahulu untuk pembelian phone seterusnya iaitu Xiaomi Redmi 2 Enhanced White 16G.

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia


Phone seterusnya saya beli model Redmi 2 Enhanced White 16G pada tarikh 9.8.2015 dengan harga RM493 termasuk sekali harga dengan Mi Power Bank 5000mAh. Waktu itu beli phone ini sebab terpengaruh dengan harga bajet bersama saiz yang compact itu punca saya beli untuk dijadikan phone backup kecemasan.

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia

Dan kali ini buat kali kedua saya membeli phone Xiaomi yang sama iaitu model Mi4i tapi bezanya cuma warna sahaja. Saya pilih warna GREY dan spesifikasi dalaman tetap sama macam biasa. Sebelum ini saya sudah beli warna WHITE dan kali ini beli pula warna GREY. Sebab kenapa dan mengapa saya beli untuk kali kedua adalah dengan alasan sebab warna GREY nampak lebih smart! Itu punca saya terbeli sekali lagi pada tarikh 25.8.2015 dengan harga RM749 termasuk GST.



Pengalaman Beli Xiaomi Redmi Note 3 Di Mi Malaysia

Dan kali ini untuk tahun 2016, tarikh 6.4.2016 akan saya beli sekali lagi untuk kali ke 4 pembelian phone Xiaomi secara online di website Mi Malaysia. Kali ini saya tertarik dengan model terbaru dari Xiaomi Redmi Note 3, anda boleh rujuk spesifikasinya di sini.

Pengalaman Beli Xiaomi Redmi Note 3 Di Mi Malaysia


Pengalaman Beli Redmi Note 3 Di Mi Malaysia


Hari ini selesai pembelian Xiaomi Redmi Note 3 dengan versi 2GB RAM punya dengan harga RM749 termasuk GST bersama free gift patung kecik Mi Bunny. Tepat jam 11.50 am saya dah standby depan laptop siap-siap sebab saya tahu time flash sale dari pihak Xiaomi Malaysia akan habis cepat, Out Of Stock kurang daripada 5 minit.

Untuk versi 3GB RAM, tak sampai 1 minit dah Out Of Stock! Ramai orang mengeluh. Biasalah Xiaomi memang laku keras, siapa cepat dia dapat!

Tak macam marketing tudung fareeda tu, siap buat video konon tudung laku keras padahal tudung biasa-biasa saja.


Nasib baik saya sempat buat pembelian, akhirnya saya sempat grab untuk versi 2GB Ram punya. Cara beli Xiaomi Redmi Note 3 di Mi Malaysia senang saja, ikut saja step by step yang dia berikan.

Cara Buat Pembelian Di Mi Malaysia




  • Pertama pilih jenis model phone.
  • Kemudian, tekan Buy Now.
  • Lepas itu masuk terus ke My Cart.
  • Tekan pula Check Out





  • Pilih pula cara pembayaran.
  • Saya pilih pembayaran guna Maybank2u
  • Lepas tu terus buat pembayaran secara online seperti biasa.



  • Bila pembayaran sudah selesai, dia akan bagi notifikasi seperti di atas ini.



Proses Carta Aliran Tempoh Masa Yang Di Ambil Selepas Pembelian Phone Di Mi Malaysia

Selepas beli phone di Mi Malaysia, anda boleh buat semakan status di Order Details. Klik saja di situ, nanti dia akan tunjukkan proses carta aliran bila waktu dan tempoh masa yang di ambil untuk sampai ke rumah.


Selepas proses pembayaran selesai, klik "My Order" di sebelah atas kanan. Lepas itu anda boleh tengok gambaran pembelian tersebut.

INGAT! 
Jangan sesekali tunjukkan detail Order Number kepada orang ramai. Sebab itu adalah tracking order number pembelian anda.


Untuk kali ini, proses pembungkusan agak laju dan cepat berbanding tahun yang sebelumnya. Sebelum ini mereka ambil masa tempoh 24jam bekerja untuk proses pembungkusan dalam kategori "Processed".

Kali ini untuk pembelian Redmi Note 3, masa yang di ambil tidak lebih dari 2 minit. Tempoh waktu yang agak cepat berbanding dahulu.

Sekarang ini tunggu proses Shipped sahaja. Sama ada mereka hantar menggunakan Citylink atau Gdex. Saya lebih suka mereka hantar guna Citylink, sebab cepat dan pantas perkhidmatan Citylink.

Dimana nak cari casing case dan tempered glass terbaik untuk Xiaomi Redmi Note 3 di Malaysia? Saya cadangkan anda baca artikel saya sebelum ini di sini.

Nantikan update seterusnya ...



Mr OS Meninggal Dunia

$
0
0

Berita Terkini Punca Mr Os Meninggal Dunia 8.4.2016


Mr Os meninggal dunia pada 8 April 2016. Beliau Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.50 petang Jumaat di Hospital Selayang.

Berita terkini ini telah disahkan oleh anak perempuan Allahyarham , Husna Yusof menerusi laman Facebook.
"Allah..Allah..Allah..
Perginya seorang seniman Mohd Yusof bin Abdul Hamid @ Mr.Os buat selama2nya.. Allah beri hari yg terbaik,waktu yg terbaik di Usia nya 55 tahun..
Kau ampunkan segala dosa2nya, kau tempatkan Abah dikalangan orang-orang yg beriman..
Kita jumpa disana Abah..Abah pergi dengan tenang dan berwudhuk selepas solat tadi..
Kami semua sayangkan Abah.." petikan dari anak Allahyarham Mr Os.
Menerusi kata dari Husna, ayahnya Mr Os telah meningga dunia punca daripada akibat sesak nafas dan susulan ayahnya juga menghidapi kanser paru-paru pada peringkat akhir. Sebelum ini, Allahyarham Mr Os pernah menjalani pembedahan tonsil.

Jenazah Allahyarham Mr OS akan dibawa pulang ke rumah kediamannya di Gombak untuk buat tatapan terakhir. Majlis pengurusan serta sembahyang jenazah bakal dilangsungkan bertempatan di Surau Al-Muhajirin, Kampung Sri Gombak Indah, Batu Caves Selangor.


Biodata Mr Os Pelawak Komedi Meninggal Dunia 8.4.2016


  • Nama Penuh: Mohd Yusof bin Abdul Hamid
  • Umur: 65 Tahun
  • Asal: Perak
  • Tahun Kelahiran: 1951
  • Pekerjaan: Pelawak/ Komedi
  • Tarikh Meninggal: 8 April 2016 (Jam 2.50 Petang Jumaat)
  • Punca Kematian: Kanser Paru Paru (Peringkat Akhir)

Al fatihah...



Aiskrim Malaysia Yogurt Trend Terkini

$
0
0
Aiskrim Malaysia Yogurt Trend Terkini

Aiskrim Malaysia Yogurt Trend Terkini?


Kalau hari tu trending dengan viral Aiskrim Sumi sampai menjadi fenomena panas sehingga jiran tertangga kita di Indonesia pun terjebak dengan idea bisnes aiskrim malaysia dengan berinovasikan jelly sumi. Mereka disana panggil Es Krim Cumi Jelly.

Kali ini saya nak share sedikit koleksi terbaru resepi aiskrim malaysia yogurt yang mungkin bakal menjadi trending viral kot, kalau ada yang sudi sharelah kan?

Daripada kita terjebak dengan bahan-bahan manis seperti resepi aiskrim sumi yang banyak menggunakan susu dan gula sampai anda terlupa tahap kemanisan dalam badan!

Jangan sesekali takda penyakit cari penyakit sudahlah. Silap-silap kena sakit kencing manis atas sebab terlebih makan Aiskrim Sumi berkilo-kilo susu manis siap bergula lagi pekat dan likat!

Ada daripada mereka pentingkan kesihatan dan diet seimbang tapi tekak ada rasa nak makan Aiskrim Sumi. Bila tengok pada kandungan dan bahan-bahan, menjadi takut pulakan? Benda manis tak elok untuk kesihatan bagi mereka yang pentingkan diet kesihatan yang tinggi.

Ok, saya akan share beberapa resepi terbaru Aiskrim Malaysia berasaskan Yogurt dan buah tanpa ada susu lemak manis. Kali ini kita focus untuk kekal sihat dan memberi tenaga yang baik untuk badan dan juga khasiat makanan yang sempurna daripada buah-buah bervitamin tinggi.

Resepi Aiskrim Malaysia Yogurt Trend Terkini


Aiskrim Malaysia Yogurt Blueberry Trend Terkini

Blueberry & Lemon adalah gabungan yang saya suka dengan yogurt memberikan rasa masam dan berkrim.

1. Resepi Aiskrim Malaysia Blueberry Yogurt

  • 1 cawan (280g) - Yogurt tanpa lemak
  • ⅔ cawan (80g) - Buah blueberry
  • 1 ½ sudu teh - Madu
  • 1 sudu teh - Parutan kulit lemon


Langkah-langkah

  1. Ambil blender masukkan yogurt, buah-buahan, madu, dan parutan kulit lemon. 
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam kantung plastik aiskrim malaysia atau acuan. 
  4. Simpan aiskrim yogurt dalam peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.
  5. Ia juga boleh bertahan sehingga 6 minggu.

Nota

Yogurt: Guna yogurt kosong tanpa lemak kerana ia baik untuk kesihatan.

Maklumat pemakanan

Kalori:  86
Lemak:  0
Lemak tepu:  0
Lemak tak tepu:  0
Trans lemak: 0
Karbohidrat:  14g
Gula:  8g
Natrium:  38mg
Fiber:  1g
Protein:  9g
Kolesterol:  0




Aiskrim Malaysia Yogurt Pisang Trend Terkini

Pisang adalah buah-buahan paling terbaik bila campur bersama madu dan yogurt dan ia memberi rasa yang lazat berkrim berperisa pisang..

2. Resepi Aiskrim Malaysia Pisang Dan Madu Yogurt

  • 1 cawan (280g) - Yogurt tanpa lemak
  • 1 pisang besar (kira-kira ¾ cawan / 90g)
  • 1 ½ sudu teh - Madu

Langkah-langkah

  1. Ambil pengisar, tambah yogurt, pisang dan madu. 
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam kantung plastik aiskrim malaysia atau acuan. 
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.

Maklumat pemakanan

Kalori:  69
Lemak:  0
Lemak tepu:  0
Lemak tak tepu:  0
Trans lemak: 0
Karbohidrat:  11g
Gula:  6g
Natrium:  33mg
Fiber:  0
Protein:  7g
Kolesterol:  3mg




Aiskrim Malaysia Yogurt Nutella Trend Terkini

Ini adalah rasa Nutella yang sangat popular dimasa kini. Ramai orang sukakan nutella lagi-lagi aiskrim nutella memang terbaik!

3. Resepi Aiskrim Malaysia Nutella Yogurt
  • 1 cawan (280g) - Yogurt tanpa lemak
  • ½ cawan (130g) - Nutella
Langkah-langkah
  1. Ambil pengisar, tambah yogurt dan Nutella. 
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam kantung plastik aiskrim malaysia atau acuan. 
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.
Maklumat pemakanan
Kalori: 247 
Lemak: 12g 
Lemak tepu: 4g
Lemak tak tepu: 0 
Trans lemak: 0 
Karbohidrat: 26g 
Gula: 24g 
Sodium: 53mg 
Fiber: 1g 
Protein: 10g 
Kolesterol: 0





Aiskrim Malaysia Yogurt Mango Trend Terkini

Ini adalah campuran bahan buah Mango dengan Strawberry sebagai perasa fusion paling terbaik masam manis. Mango mempunyai tekstur berkrim dan apabila dicampukan dengan yogurt bersama strawberry ia akan membangkitkan lagi aroma bau yang menyeleraskan!

4. Resepi Aiskrim Malaysia Mango Dan Strawberry Yogurt

  • 1 cawan (280g) - Yogurt tanpa lemak
  • ⅓ cawan (30g) - Buah strawberi segar
  • ⅓ cawan (30g)  - Buah mangga segar
  • 1 ½ sudu teh - Madu

Langkah-langkah

  1. Ambil pengisar, tambah yogurt, strawberi, mangga dan madu. 
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam kantung plastik aiskrim malaysia atau acuan. 
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.

Maklumat pemakanan

Kalori:  69
Lemak:  0
Lemak tepu:  0
Lemak tak tepu:  0
Trans lemak: 0
Karbohidrat:  11g
Gula:  6g
Natrium:  33mg
Fiber:  0
Protein:  7g
Kolesterol:  3mg




Aiskrim Malaysia Yogurt Rasberry Trend Terkini

Cara terbaik untuk menggambarkan rasa seterusnya adalah manis dan berkrim. Buah Peach bersama Raspberi membangkitkan lagi waran dan rasa yang mengoda! Anda wajib cuba rasa masam manis ini.

5. Resepi Aiskrim Malaysia Peach Dan Rasberry Yogurt

  • 1 cawan (280g) - Yogurt tanpa lemak
  • ⅓ cawan (30g) - Buah raspberi segar
  • ⅓ cawan (30g) - Buah pic segar
  • 2 sudu teh - Madu

Langkah-langkah

  1. Ambil pengisar menambah yogurt, raspberi, pic dan madu. 
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam kantung plastik aiskrim malaysia atau acuan. 
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.

Maklumat pemakanan

Kalori:  59
Lemak:  0
Lemak tepu:  0
Lemak tak tepu:  0
Trans lemak: 0
Karbohidrat:  8g
Gula:  6g
Natrium:  33mg
Fiber:  1g
Protein:  7g
Kolesterol:  3mg



Ok selesai sudah resepi berkhasiat untuk trend terkini aiskrim malaysia dengan warna dan rasa yang paling sedap di Malaysia! Biar trend semasa ikut diet semasa juga, jangan lupa pada kesihatan diri, jangan terlalu banyak makan benda manis sampai kita lupa penyakit berbahaya.

Jadi inilah resepi terbaik untuk mencuci perut anda dengan adanya yogurt ia dapat membantu menstabilkan segala unsur jahat yang berada dalam perut.

Kalau aiskrim sumi dengan susu, kita tukar aiskrim malaysia dengan yogurt! Baru sempoi!



Pelajar Retak Tulang Leher Sebab Dipukul Senior

$
0
0

Seorang pelajar dari tingkatan tiga didi sebuah Sekolah Menengah di Pengkalan Chepa ditendang oleh senior sehingga retak tulang leher Aiman Hazim Zulkeflee.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4 petang, Aiman Hazim Zulkeflee mengaku yang dia telah ditendang di leher dan dagu sehingga terjatuh sebelum pengsan oleh pelajar seniornya dari tingkatan empat di Sekolahnya di Pengkalan Chepa.

Mangsa pelajar Aiman Hazim Zulkeflee patah tulang leher ini kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa oleh pihak sekolah sebelum dia dirujuk di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Bapa kepada mangsa, Zulkeflee Yaacob, 40, seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim menerima makluman mengenai kejadian itu dari isterinya, Siti  Noor Sidin Ahmad, 43.
"Saya bergegas pulang ke Kota Bharu untuk melihat keadaan anak saya.
"Sebelum ini dia ada ada memaklumkan tidak mahu ke sekolah, tetapi saya tidak menyangka kejadian seperti ini berlaku ke atas anak saya," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Kata Zulkeflee Yaacob, anaknya itu seorang pendiam dan tidak pernah melakukan kesalahan atau melanggar disiplin sekolah.
"Jika anak saya salah, saya rela anak dibuang sekolah tapi kalau sebaliknya, saya mahu hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku berkenaan," katanya.



Sekarang ni banyak kes buli berlaku, hinggakan pihak sekolah tidak dapat mengawal tingkah laku seorang pelajar. Mana tidaknya, salah satu penyebab pembuli ini wujud adalah kekurangan kasih sayang daripada mak bapak mereka.

Pembuli diluar sana, tolonglah faham cuba fikir masa depan anda bagaimana, jika anda terus sikap membuli sampai bila? Sampai masuk sekolah juvana baru nak sedar? Kalau tak sedar lagi bagaimana? Hancur masa depan kalau kes berat berlaku susah nanti.

Ambil contoh, kalau anda buli sampai mati orang itu bagaimana? Mak ayah anda akan tanggung malu. Anda pula akan disabitkan kesalahan besar. Masuk sekolah juvana atau penjara? Pilih mana satu.




Filem Angin Cinta Di Astro First

$
0
0
Angin Cinta Astro First

Angin Cinta Astro First


Angin Cinta merupakan adaptasi dari novel karya Aliesha Kirana ke telefilem dengan bergenrekan drama romantik terbaru terbitan syarikat Mermaid Studio Sdn Bhd yang bakal ditayangkan di Astro First tidak lama lagi. Pelakon utama dilakonkan oleh Zizan bersama gandingan dengan bersama Ummi Nazeera dalam telefilem Angin Cinta di Astro First. Pengarah untuk telefilem ini diterajui oleh Directed Ghaz Abu Bakar

Pelakon Angin Cinta Filem Di Astro First

Zizan Razak, Ummi Nazeera, Shahrul Nizam, Zarina Zainuddin

OST Lagu Tema Angin Cinta Di Astro First




Pelakon Angin Cinta Astro First

Pelakon Angin Cinta Astro First

Sinopsis Novel Angin Cinta Untuk Filem Astro First


Khairi Kamarudin Osman atau mesra dipanggil KK punya segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini. Pangkat, harta, wang ringgit juga segala kemewahan dunia tetapi hanya satu kekurangan bagi dirinya iaitu cinta.Dan orang cakap, kerana cinta kita sanggup buat apa saja. Lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bintang di angkasa sanggup dipetik buat permaidani. Fuhhh! Kalau bercakap memang semua nak indah, tapi realitinya? KK bukan bodoh nak buat semua itu, dia sedar kemampuan dirinya.

Tetapi demi seorang Irika, KK sanggup melakukan apa saja yang terdaya.Kehadiran IRIKA seolah memberi satu nafas baru dalam hidup KK yang sepi tanpa sebuah cinta selama ini. Saat cinta itu dia perolehi dan hampir saja ke jinjang pelamin, ada satu permintaan yang Irika pinta, membuatkan KK rasa serba salah. Irika pula tidak pernah mengimpikan apa-apa sepanjang hidupnya, kecuali satu perkara.

Bersatu dengan abahnya semula setelah mereka lama terpisah. Dan sebaik saja menerima lamaran KK, perkara pertama yang Irika mahu ialah melangsungkan majlis mereka di rumah abahnya. Namun perkara itu tidak semudah dan seindah yang dia sangka. “Awak, rumah abah awak tu dekat pulau! Saya ulang sekali lagi, pulau! Awak dengar tak? Pulau okey! Apa nama dia tadi? Oh… Pulau Tuba, kan? Nama pulau tu pun dah buat saya rasa macam kena racun tuba.” – KK

Namun, setelah menempuh pelbagai halangan untuk mencuri hati gadis itu, KK masih ada halangan besar yang dia perlu atasi! Kenapa dalam banyak-banyak halangan, halangan ini yang paling sukar? “Hei, budak tak ada adab! Hang mai sini aku tak pernah pelawa tau! Jangan kurang ajaq sangat. Sekarang ni aku nak hangpa mdua-dua berambuss!!!” – Pak Mustafa

Kehadiran mereka ke pulau itu langsung tidak digemari Pak Mustafa. Lelaki itu seolah-olah sudah membuang Irika jauh dari hidupnya setelah dia berpisah dengan mama Irika. Kemunculan KK pula menambahkan kebencian abahnya dan langsung tidak mahu merestui hubungan mereka apatah lagi hendak menjadi wali Irika dan mengizinkan majlis mereka diadakan di situ.

Irika kini tersepit antara abahnya yang sudah lama dia tidak ketemu dan juga KK, cinta hatinya yang baru dia jumpa. Siapakah yang harus Irika korbankan? Ketika keputusan telah Irika bulatkan, KK membawa diri entah ke mana membuatkan hati Irika dipagut penyesalan.

Andai benar tiada jodoh ­­­antara mereka, kenapakah angin yang menderu itu membawa cinta bersamanya


Dapatkan novel Angin Cinta sekarang juga!

Novel Filem Angin Cinta Astro First

Berminat? 
Boleh buat pembelian 
di bawah ini.











Fesyen Baju Raya 2016 Terkini Jovian Mandagie Baju Kurung Moden

$
0
0
Fesyen Baju Raya Terkini 2016


Baju Raya 2016 Terkini Dari Jovian Mandagie


Tinggal lagi beberapa bulan dan beberapa hari saja hari raya tahun 2016 bakal tiba tidak lama lagi. Anda semua sudah siap ke belum, untuk buat tempahan baju raya 2016 tahun ini? Anda buat tempahan untuk jahit baju dekat mana je? Mana nak cari tailor pakaian dengan jahitan kualiti terbaik yang bagus di Malaysia? Itu soalan yang selalu kita dengar. Rasanya belum terlambat untuk mencari idea design baju kurung moden fesyen terkini hari raya 2016 lagi-lagi jualan murah di Zalora Malaysia dengan harga diskaun bersama kupon voucher terkini dengan tawaran menarik. Apa yang best, di sana sudah tentunya mereka membawa rekaan corak dan warna yang menarik. Sudah pasti trend ini menjadi kegilaan remaja sekarang kerena mereka suka membeli secara online di Zalora Malaysia sebab cepat dan mudah.

Baju kurung moden adalah salah satu fesyen baju raya 2016 terkini untuk tahun ini yang bakal menjadi hit di dalam pencarian search google. Saya tahu anda semua sedang mencari baju raya online shop seperti baju muslimah hari raya terkini di Malaysia bukan? Jangan risau saya akan share beberapa koleksi baju raya 2016 terkini dari Zalora untuk anda semua, terutamanya dari jenama terkenal seperti Jovian Mandagie.

Baju kurung rekaan Jovian Mandagie ni sememangnya mempunyai permintaan yang agak tinggi kerana design bajunya yang cantik dengan gaya terkini dan moden membuatkan baju kurung muslimah nampak lebih elegen semasa di hari raya nanti. 

Ada terdapat banyak rekaan terbaru dengan fesyen trend terkini baju raya 2016 dalam pencarian semasa seperti mana baju kurung lace , baju kurung moden, baju kurung kebaya, tudung trend terkini menjadi salah satu hot item dalam pencarian di google search pada tahun ini.

Ada juga sedang mencari design terkini untuk idea buat baju raya sedondon. Rasanya nak buat fesyen macam tu kena padankan warna dan corak yang cantik barulah nampak sedondon bergaya.

Ok sekarang ni saya mahu kongsi fesyen trend terkini baju raya 2016 dari Jovian Mandagie untuk hari raya tahun 2016 yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga idea baju ini memberi manfaat untuk anda semua. Mana nak tahu kalau-kalau ada kedai butik yang nak buat baju ala-ala Jovian Mandagie kan? 


Fesyen Baju Raya 2016 Terkini Jovian Mandagie Baju Kurung Moden


Fesyen Baju Raya Terkini 2016

1. Kimber Baju Kurung By Jovian Mandagie


Baju ini membuatkan anda nampak lebih glamor dengan gaya seharian dengan baju yang lebih elegen. Rekaan Jovian Mandagie untuk Zalora sememangnya telah memberi nafas baru dalam gaya tempatan dengan rekaan design yang segar dan sangat cantik. Seperti yang dilihat dalam pemilihan, baju kurung bernama Kimber ini menggunakan kain sutera mewah ala gaya peplum dengan perhiasan yang berkilauan. Berminat? Anda boleh dapatkan baju kurung moden peplum Kimber Baju Kurung by Jovian Mandagie di sini.




Fesyen Baju Raya Terkini 2016

2. Katarina Baju Kurung By Jovian Mandagie


Satu jenama yang mahir dalam pakaian Muslimah kontemporari dengan rekaan terbaik dari Jovia Mandagie dengan mengikut fesyen trend terkini untuk Zalora Malaysia. Baju kurung moden dengan gabungan blaus yang halus lembut bersama kain sutera kualiti terbaik menjadikan rekaan klasik tradisi ini lebih elegen kontemporari. Berminat dengan baju rekaan ini? Cantikkan? Anda boleh dapatkan baju kurung Katarina By Jovian Mandagie di sini.




Fesyen Baju Raya Terkini 2016

3. Kate Baju Kurung By Jovian Mandagie


Baju kurung moden peplum mempunyai rekaan saling bertindih di bahagian pinggan dengan gaya dan keanggunan yang mengoda. Terselah lagi kejelitaan seseorang itu dengan mengenakan rekaan pakaian daripada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie. Jika anda berminat untuk dapatkan Kate Baju Kurung by Jovian Mandagie boleh tengok di sini.



Fesyen Trend Terkini Baju Raya 2016

4. Karina Baju Kurung By Jovian Mandagie


Penetapan gaya kegemaran para Muslimah dengan menampilkan rekaan klasik moden bersama penambahan pada awning di bahagian atas bahu memberikan rekaan ini lebih terpegun. Rekaan hasil daripada pereka terkenal Jovian Mandagie sudah semestinya menggunakan bahan berkualiti tinggi. Kain bajunya juga menggunakan design baju kurung lace menampakkan lagi ciri-ciri moden baju kurung tradisional. Bagi yang berminat untuk dapatkan baju Karina Baju Kurung By Jovian Mandagie boleh tengok di sini.



Fesyen Trend Terkini Baju Raya 2016

5. Karel Baju Kurung By Jovian Mandagie


Jika anda berada dalam mood dengan gaya lebih anggun klasik di hari raya nanti anda bolehlah dapatkan baju kurung terbaik ini dari rekaan Jovian Mandagie. Dengan menggunakan kain berkualiti tinggi bersama kain sutera buatkan lagi si pemakai nampak lagi anggun jelita menawan. Anda berminat untuk dapatkan Karel Baju Kurung By Jovian Mandagie boleh buat pembelian di sini.




Ok sudah cukup 5 pilihan terbaik daripada saya dengan rekaan terkini untuk jenama baju muslimah terbaik dari Jovian Mandagie ini. Bagi wanita muslimah diluar sana yang mahukan design gaya yang lebih premium jangan lupa nama Jovian Mandagie kerana ianya salah satu butik baju online yang terbaik dengan rekaan fesyen terkini untuk hari raya 2016. Jadi apa lagi? Jom shopping raya awal-awal baru lah tak kelam kabut.

Bagi suami diluar sana, yang sudah ada isteri bolehlah belikan jenama baju Jovian ini sebagai hadiah berterima kasih tanda sayang anda kepada isteri anda.

Kan best?



Drama Mr Boss Miss Stalker TV3

$
0
0
Mr Boss Miss Stalker TV3

Mr Boss Miss Stalker TV3 Drama


Drama Mr. Boss Miss Stalker merupakan terbaru dari terbitan Saphire Screen Sdn Bhd dari adaptasi novel Mr. Boss, Miss Stalker karya penulisan daripada Aesya Azahar. Barisan pelakon dalam drama ini dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Mia Ahmad sebagai pelakon dalam watak utama.

Drama dari arahan Heykal Hanafiah dari adaptasi novel ini mempunyai sebanyak 20 episod dan akan ke udara selepas tamatnya Drama Cinta 100Kg di bulan April 2016 ini di Slot Dahlia TV3 setiap hari Jumaat hingga Ahad pada jam 7.00 Malam.

  • Tajuk Drama : Mr Boss Miss Stalker
  • Jumlah Episod : 20 
  • Tarikh : April 2016
  • Masa : Setiap Jumaat hingga Ahad jam 7.00 Malam
  • Saluran :  TV3
  • Slot : Dahlia
  • Pengarah : Heykal Hanafiah
  • Skrip : Sofia Rhyland
  • Terbitan Daripada : Saphire Screen Sdn Bhd

Sinopsis Mr Boss Miss Stalker Drama TV3


Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

Novel MR. BOSS, MISS STALKER

Novel Mr Boss Miss Stalker
Harga
RM 21.00




Pelakon Mr Boss Miss Stalker TV3 Drama


  • Ashraf Muslim watak sebagai Hariz Zhafran
  • Mia Ahmad watak sebagai Sara Azreen 
  • Riz Amin watak sebagai zzudin 
  • Miera Leyana watak sebagai Ria
  • Shazmeer watak sebagai 
  • Nazeera Sardi watak sebagai 

OST Lagu Tema Mr Boss Miss Stalker TV3


Lagu tema drama Mr Boss Miss Stalker dinyanyikan oleh kumpulan Forteen dengan lagu berjudul "Dekat Tapi Jauh".




Gambar Pelakon Drama Mr Boss Miss Stalker

Pelakon Mr Boss Miss Stalker
Gambar Pelakon Mr Boss Miss Stalker


Novel MR. BOSS, MISS STALKER

Novel Mr Boss Miss Stalker
Harga
RM 21.00


Lelaki Maut Kena Langgar Tren KLIA Express

$
0
0
Lelaki Maut Kena Langgar Tren KLIA Express


Di Kuala Lumpur, seorang lelaki maut dilanggar tren KLIA Ekspres untuk melintas di landasan kereta api belakang Stesen LRT Sungai Besi, Selangor di sini pagi tadi pada tarikh 11.4.2016.

Dalam kejadian kemalangan maut lelaki kena langgar dengan tren KLIA Ekspress ini berlaku pada jam 6.07 pagi itu, Lee Ah Lai, 58, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah dibahagian kepala selain putus kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata,
Pemandu kereta api laju itu perasan ada melanggar satu objek ketika dalam perjalanan dari KL Sentral ke KLIA namun tidak pasti apa objek berkenaan.
Katanya lagi, perkara itu telah dimaklumkan kepada pusat kawalan KLIA Ekspres dan kemudiannya mengarahkan pemandu kereta api tersebut untuk memeriksa kawasan itu ketika melalui laluan berkenaan sebelum ternampak tubuh mangsa dalam longkang.
"Petugas di pusat kawalan KLIA Ekspres kemudiannya memaklumkan tentang kejadian ini kepada pihak polis pada jam 8.30 pagi. Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa tercampak kira-kira 25 meter ke longkang dari lokasi rempuhan.
"Kepala mangsa yang meninggal itu pecah, gigi bertaburan serta kaki kanannya separas lutut putus dan sehingga kini belum ditemui," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Polis percaya mangsa cuba melalui jalan berkenaan untuk melintas dari LRT Sungai Besi melalui satu pintu pagar yang tidak ditutup rapi.

Selain itu, katanya, polis percaya bahawa mangsa merupakan pesakit psikiatri kerana pihak polis telah menemui satu kad rawatan dari Klinik Psikiatri Hospital Bukit Mertajam tertera nama mangsa.



Polis Arah Batal Program Zakir Naik Di UTeM Melaka

$
0
0
Polis Arah Batal Program Zakir Naik Di UTeM Melaka

Polis Arah Batal Program Zakir Naik Di Melaka 


Di Kuala Lumpur, Polis telah menyarankan supaya penganjur membatalkan forum dari tokoh penceramah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik yang akan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka, pada 17 April 2016 ini.

Kenapa Forum Program Zakir Naik Di UTeM Melaka Dibatalkan?


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid, berkata
"Forum tentang persamaan di antara agama Hindu dan Islam wajar tidak diteruskan bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjaga.
Katanya lagi, pihak polis berpendapat forum tersebut yang membincangkan tentang dua agama berbeza itu tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di negara ini.
"Kami akan memanggil penganjur forum tersebut untuk mencadangkan agar ia tidak diteruskan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, sebentar tadi.

Saya tanya anda, kalau konsert luar Salena Gomez boleh diadakan joget lampau, artis korea senang lenang mengadakan party konsert dengan peminat, tapi kenapa soal agama dinyatakan sebab atas dasar "tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di negara ini."

Fikirkanlah, kita di Malaysia semakin nazak dengan budaya melampau sehinggakan parti politik kita sendiri pun terumbang ambing. Takkanlah soal agama ini pun nak diperlekehkan?

Ini namanya forum untuk bercerita tentang kebaikan dan perbezaan serta informasi tentang agama islam dan juga persamaan agama hindu dan agama islam.

Tak salah kalau ilmu untuk diterapkan kepada minda yang lalai dengan hiburan luar semata-mata untuk diisi semula dengan input yang bermanfaat.

Kita ni sebenarnya sudah kosong dengan jiwa agama. Kita terlalu agongkan konsert luar yang melalaikan sampai kita sendiri rasa keliru dengan apa yang kita ada sekarang ini. Isu politik negara kita pun semakin nazak. Apa nak jadi?

Lelaki Warga Nepal Maut Di Melaka Tersepit Mesin Penghancur Besi

$
0
0
Lelaki Warga Nepal Maut Tersepit Mesin Penghancur Besi Di Melaka

Lelaki Warga Nepal Maut Tersepit Mesin Penghancur Besi Di Melaka


Kejadian berlaku di Melaka 11.4.2016. Seorang pekerja lelaki warga Nepal maut ditempat kejadian dalam keadaan badan dan kepala mangsa warga nepal  hancur berkecai akibat tersepit dengan mesin penghancur besi di salah sebuah kilang besi yang di Krubong, Melaka, pagi tadi.

Kejadian berlaku dalam kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa warga nepal merupakan pekerja kilang yang berusia 26 tahun dan dipercayai cuba menarik salah satu besi yang tersekat di dalam mesin penghancur ketika mesin itu sedang beroperasi.

Difahamkan, mangsa warga nepal maut tersepit dengan mesin penghancur besi di Melaka ini turut ditarik oleh mesin tersebut ketika mencapai besi dan telah menyebabkan dia tersepit ke dalam mesin berkenaan.

Komander operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Dzulkarnain Abd Halim, berkata sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Ayer Keroh Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.18 pagi pada 11.4.2016.

"Setiba di lokasi kejadian, kami dapati seorang mangsa maut lelaki warga Nepal telah tersepit dan kami terpaksa menggunakan alat teleskopik ram untuk merenggangkan penggulung besi pada mesin di tempat mangsa tersepit sebelum menarik mangsa keluar dalam tempoh hingga 15 minit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber : www.utusan.com.my

Drama Duda Terlajak Laris TV3 Slot Akasia

$
0
0
Duda Terlajak Laris

Drama Duda Terlajak Laris

Duda Terlajak Laris ini merupakan drama terbitan terbaru TV3 dari adaptasi Novel Duda Terlajak Laris oleh karya hasil penulisan dari Aifa Batrisya yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 pada 11 April 2016 sebanyak 26 episode selepas tamatnya Drama Tundukkan Playboy Itu.

Drama ini dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Idris Khan dan Zara Zya yang kita sedia tahu, Zara Zya merupakan pelakon hebat setiap drama yang dia lakonkan pasti menjadi hit untuk setiap drama itu berlangsung. 

Dua pelakon ini memegang sebagai pelakon utama watak Zack (Idris Khan) dan Pehah (Zara Zya). Drama ini dihasilkan oleh terbitan dan produksi Primeworks Studio Sdn Bhd. 

Tarikh penayangan akan diberitahu kelak, dimasa akan datang selepas habisnya drama di Slot Akasia yang sedang berlangung sekarang ini.

Pelakon Duda Terlajak Laris - Watak Drama 

Duda Terlajak Laris Episode 1
Babak Duda Terlajak Laris Episode 1
Pelakon Duda Terlajak Laris
Pelakon Duda Terlajak Laris Zack, Idayu dan Anis
Pelakon Duda Terlajak Laris
Pelakon Duda Terlajak Laris Zack Dan Pehah
Pelakon Duda Terlajak Laris
Pelakon Duda Terlajak Laris Nura Dan Zack




Berapa Harga Novel
Duda Terlajak Laris?
RM 25.00 Sahaja

Novel Drama Duda Terlajak Laris
Novel Duda Terlajak Laris

Klik Disini Untuk Beli

Sinopsis Duda Terlajak Laris Karya Novel Aifa Batrisya

$
0
0
Duda Terlajak Laris


Drama Duda Terlajak Laris

Sinopsis Duda Terlajak Laris

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.
“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.
“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.
Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?
“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.
Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

Drama Duda Terlajak Laris
dan
Berapa Harga Novel
Duda Terlajak Laris?

Novel Duda Terlajak Laris
Novel Duda Terlajak Laris

Klik Di Sini Untuk Beli Novel Duda Terlajak Laris

Seterusnya :




Pengusaha Restoran Rentung Dalam Kebakaran Di Melaka

$
0
0
Kebakaran rumah yang menyebabkan seorang mangsa Pengusaha Restoran
rentung dalam kejadian kebakaran di Taman Seri Paya Rumput 2, Melaka

Di Melaka, Seorang pengusaha restoran rentung selepas terperangkap di dalam bilik air rumahnya semasa kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Seri Paya Rumput 2, Melaka petang tadi 11.4.2016.

Kejadian kebakaran ini berlaku kira-kira jam 5.15 petang dan mangsa yang bernama Saleem Madumu Kkil Parambil, 50-an, yang juga merupakan warga India terperangkap di dalam bilik air di bilik tidur utama tingkat atas rumah teres dua tingkat itu, namun dipercayai mangsa gagal menyelamatkan diri.

Isteri mangsa bernama Junaidah Hatta, 43, juga bersama ibu mertuanya, Kamisah Muin, 60, masing-masing melecur 20 peratus di bahagian angota belakang badan dan sesak nafas, walau bagaimanapun mereka berjaya menyelamatkan diri.

Difahamkan, isteri kepada mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan jiran tertangga dan beberapa anggota bomba yang tiba di lokasi menerusi jeriji tingkap di bilik tidur tingkat atas manakala mertuanya pula yang berada di bahagian tingkat bawah diberi bantuan alat pernafasan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Adli Abdul Rahman, berkata sepasukan  seramai 11 anggota bersama dua jentera yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Roslan Manas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 5.21 petang pada 11.4.2016.
"Kita berjaya mengawal api daripada merebak ke sepuluh rumah teres lain. Dua mangsa iaitu isteri dan ibu mertua mangsa sempat diselamatkan.
"Siasatan awal mendapati, kebakaran dipercayai bermula dari tingkat atas sebelum merebak ke seluruh bahagian atas rumah terbabit. Bomba turut menemui mayat seorang lelaki warga India berstatus penduduk tetap (PR) terperangkap di dalam bilik air," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Ahmad Adli berkata, isteri dan ibu mertua mangsa sudah dihantar ke Hospital Melaka, manakala mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sumber : www.bharian.com.my


Tawaran Menarik Lazada High-Speed Delivery Di Malaysia

$
0
0
Tawaran Menarik Lazada High-Speed Delivery Di Malaysia

Tawaran Menarik Lazada High-Speed Delivery Di Malaysia


Berita baik bagi peminat shopping online di Malaysia! Bagi mereka yang suka bershopping di Lazada Malaysia kini mereka menawarkan penawaran terbaru dengan penghantaran barangan dengan lebih pantas berbanding biasa kepada para pengguna dalam masa lebih kurang dalam 6 jam.

Perkhidmatan terbaru dari Lazada Malaysia ini dinamakan sebagai Lazada High-Speed Delivery. Bagi permulaan untuk perkhidmatan terbaru ini mereka menawarkan untuk pelanggan yang berada di Lembah Klang sahaja.

Lazada High-Speed Delivery


  • Perkhidmatan penghantaran berlangsung pada hari Isnin hingga Sabtu. 
  • Khas untuk pelanggan yang berada di Lembah Klang sahaja.

Untuk pelanggan yang mahu mencuba perkhidmatan terbaru Lazada High-Speed Delivery ini anda boleh membuat tempahan sebelum jam 1 petang. Supaya ia membolehkan proses penghantaran dilakukan dalam masa lebih kurang 6 jam pada hari sama.

Harga untuk kos penghantaran Lazada High-Speed Delivery mereka mengenakan caj sebanyak RM15 untuk penghantaran ekspress.




Berminat boleh dapatkan perkhidmatan ini disini : http://invl.co/jzb



Jambatan Runtuh Lori Bomba Jatuh Sungai

$
0
0
Jambatan Runtuh Lori Bomba Jatuh Sungai

Jambatan Runtuh Lori Bomba Jatuh Sungai


Berita berlaku di Kudat Sabah 11.4.2016. Tujuh anggota bomba selamat, selepas jentera yang dinaiki mereka jatuh  ke dalam sungai apabila jambatan kayu yang dilalui itu rapuh dan patah, dalam kejadian ini berlaku di Kampung Korina, Sikuati, Kudat, Sabah di sini petang tadi pada tarikh 11.4.2016.

Kejadian ini berlaku kira-kira pada jam 2 petang, jentera bomba yang dinaiki sedang dalam perjalanan untuk memadamkan kebakaran lalang di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Khairul Azuwan Ibrahim, mengesahkan kejadian "jambatan runtuh lori bomba jatuh sungai" berkata tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh anggota bomba yang terbabit.
"Mereka sebenarnya dalam perjalanan untuk memadam kebakaran lalang di kawasan Sikuati, Sabah selepas balik dari operasi memadam kebakaran di tempat lain sebelum itu," katanya di sini sebentar tadi. 
Khairul Azuwan berkata, kejadian seperti itu adalah antara risiko dihadapi anggota bomba dan penyelamat dalam menjalankan tugas mereka.

Sumber : www.bharian.com.my

Penduduk Belah Perut Buaya Baham Nelayan Di Sungai Nakat Bakong Miri

$
0
0
Penduduk Belah Perut Buaya Baham Nelayan Di Sungai Nakat Bakong Miri

Penduduk Belah Perut Buaya Baham Nelayan Sungai Nakat Bakong Miri


Lokasi berlaku di Miri, Sarawak 12.4.2016. Selepas selesai operasi mencari sisa mayat tubuh Richard Shutine Tambi, 57, yang telah dibaham buaya ketika sedang memukat ikan di Sungai Nakat, Kabong pada 27 Mac 2016 lalu menemui jalan buntu, penduduk kampung Sungai Nakat Bakong Miri bersepakat menggunakan khidmat bomoh buaya untuk mencari dan memburu reptilia yang menyerang mangsa itu.

Penduduk dengan persetujuan keluarga Richard nekad untuk menggunakan perkhidmatan bomoh buaya itu sehari selepas kaki mangsa ditemui pada 5 April 2016, manakala kepalanya ditemui pada keesokan harinya.

Selepas tiga hari melakukan jampi serapah ritual untuk memerangkap buaya itu, kelmarin muncul dua ekor buaya bersaiz tiga meter yang sedang timbul di kawasan sungai di kampung itu, manakala seekor lagi telah ditemui mati di tebing sungai.

Menantu perempuan kepada mangsa, Rossni Kamis, 43, berkata, buaya berkenaan ditemui kira-kira pada jam 8 pagi, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa mati yang telah dilaporkan dibaham buaya.

Menurutnya, apabila ternampak kelibat buaya berkenaan, penduduk kampung terus menangkap buaya berkenaan dan terus membawa ke darat untuk diperiksa.

Video Buaya Di Tetak Kepala Dan Di Belah Perut Buaya Baham Nelayan


(AMARAN! INI VIDEO PENUH DENGAN EMOSI!)


Kes baya makai org di bakong miri.tu video orang munuh baya nya..nama comment kita?Susulan kes mangsa hilang, Richard Shutine anak Tambi yang dibaham buaya di Sg. Nakat Bakong Miri pada minggu lepas, penduduk yang terlibat dalam membantu operasi SAR bertindak membelah perut beberapa ekor buaya yang berjaya ditangkap bagi mendapatkan sisa anggota badan mangsa yang lain. Terdahulu anggota badan mangsa, iaitu kepala dan kaki telah pun ditemui di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada minggu lepas. Populasi buaya semakin bertambah dan tidak kurang pula maklumat menyatakan habitat buaya semakin terancam. Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan. Salam takziah buat keluarga mangsa. Gambar dari Group WhatsApp.

Posted by Iban Warrior on Monday, April 11, 2016
Klik Di Sini Untuk Tonton Video





Video Buaya Di Tetak Kepala Dan Di Belah Perut Buaya Baham Nelayan
Gambar Buaya Di Tetak Kepala Dan Di Belah Perut Buaya Baham Nelayan
Buaya Di Tetak Kepala Dan Di Belah Perut Buaya Baham Nelayan
Buaya Di Tetak Kepala Dan Di Belah Perut Buaya Baham Nelayan
Viewing all 183 articles
Browse latest View live