GARIS PANDUAN PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA
PROGRAM PERSEDIAAN PELAJAR CEMERLANG LEPASAN SPM 2015 DALAM &
LUAR NEGARA
Maklumat Permohonan Pinjaman Pelajar MARA Pelajar Cemerlang Lepasan SPM
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA www.mara.gov.my mulai 8 Mac 2016 hingga 14 Mac 2016.
- Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menduduki ujian penilaian dan temuduga.
- Semakan keputusan ujian penilaian dan temuduga akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan ditutup.
- Semakan keputusan penempatan ke program ini boleh disemak mulai 8 Mei 2016 di laman web MARA www.mara.gov.my
- Permohonan yang tidak mendapat maklum balas selepas 8 Mei 2016 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
- Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
Syarat Umum :
- Keutamaan diberikan kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah.
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Nama ibu bapa / penjaga serta pelajar tidak termasuk dalam senarai hitam MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Syarat Khusus :
- Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015 buat kali pertama.
- Bidang-bidang keutamaan penajaan MARA :
- Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM)
- Program yang ditawarkan terdiri dari Program Persediaan Ijazah Dalam dan Luar Negara serta
- Program Profesional.
Soalan FAQ Program Persediaan Pelajar Cemerlang lepasan SPM 2015 Dalam & Luar Negara
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my
2. Berapa lamakah tempoh permohonan?
Permohonan dibuka selama 7 hari mulai 8 – 14 Mac 2016 dan akan ditutup pada 14 Mac 2016 jam 5.00 petang.
3. Bagaimanakah cara sekiranya saya terlepas peluang untuk memohon permohonan tersebut?
Permohonan hanya boleh dibuat melalui URL / LINK khas yang diberikan dan ia hanya boleh dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan sahaja.
4. Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh MARA?
Kursus-kursus yang ditawarkan oleh MARA adalah kursus-kursus yang berkaitan dengan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM).
5. Di manakah boleh saya dapatkan syarat dan senarai kursus yang ditawarkan oleh MARA?
Sila rujuk lampiran program pada iklan penuh yang boleh didapati di dalam laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my
6. Saya mendapat 8A+ dan 1C di dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2015 yang baru diumumkan. Adakah saya layak memohon Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang dianjurkan MARA pada 2016?
Bagi program persediaan sambungan ke peringkat Ijazah Pertama (Program Ijazah Dalam Negara / Program Ijazah Luar Negara), syarat asas menetapkan pelajar tidak boleh mendapat C dalam mana-mana subjek utama.
7. Bolehkah saya memohon kedua-dua penaja iaitu MARA dan JPA semasa permohonan?
Tidak boleh. Pemohon hanya boleh memohon salah satu penaja sahaja, sama ada MARA ataupun JPA. MARA dan JPA menggunakan sistem permohonan yang sama. Jika sudah memohon salah satu badan penaja (MARA atau JPA), secara automatik sistem tidak akan membenarkan pemohon membuat permohonan ke penaja berikutnya.
8. Bagaimanakah dengan penaja lain seperti Bank Negara, Petronas, Sime Darby dan sebagainya?
Selain MARA atau pun JPA, pemohon bebas memohon kepada penaja-penaja lain.
9. Berapakah jumlah pinjaman yang diberi?
Bergantung kepada kadar yuran pengajian yang ditetapkan oleh universiti berserta elaun-elaun yang ditetapkan oleh MARA.
10.Bila saya perlu membayar balik pinjaman?
Pembayaran balik pinjaman adalah setahun selepas tamat tempoh tajaan.
11.Adakah saya perlu menduduki ujian penilaian/temuduga?
Sila layari laman web rasmi MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui pengumuman tersebut.
12.Selepas saya memohon, saya dapati saya tidak perlu menghantar apa-apa dokumen atau pun borang permohonan. Kenapa?
Hanya pelajar yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga. Permohonan yang berjaya sahaja akan diminta untuk menghantar borang permohonan dan juga lain-lain dokumen berkaitan.
13.Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan penempatan ke program ini?
Semakan boleh dibuat mulai 8 Mei 2016 di laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my
14.Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi MARA sekiranya ada
sebarang pertanyaan?
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi butiran seperti di bawah :
Pengarah Telefon : 03-2613 2060 / 32056 / 32063 / 32108 /
Bahagian Penganjuran Pelajaran 32065 / 32098
Waktu urusan : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Email : postspm@mara.gov.my
21, Jalan Raja Laut
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
50609 Kuala Lumpur
Facebook : PostspmMARA