Quantcast
Channel: Mejuez
Viewing all articles
Browse latest Browse all 183

Keunikkan Ketam Kelapa Semporna Sabah

$
0
0

Ketam Kelapa Semporna Sabah


Ramai juga di antara kita belum kenal dengan ketam kelapa atau juga ketam kenari ni. Aku sendiri pun baru tahu tentang Ketam Kelapa ini, orang putih cakap Coconut Crab.

Sekali aku pandang memang gerun juga la sebab ianya besar sangat. Tapi ramai tidak tahu di Malaysia pun ada Ketam Kelapa sebesar alam ini.

Ketam Kelapa ni tempat lepak dorang kat SABAH rupanya. ianya adalah salah satu negeri yang mempunyai banyak Ketam Kelapa.

Status Ketam Kelapa Halal Atau Haram?


Untuk pertanyaan tentang status halal atau haram ketam kelapa ni, aku rasa aku tak boleh nak kata apa, sebab aku bukan arif sangat untuk letak hukum makan ketam kelapa jenisspesis RARE gini.

Lagi-lagi ketam besar gedabak. Yang aku tahu dia hidup dua alam, naik darat cuma nak makan kelapa! Tapi orang SABAH sana cakap ketam ini tersangatlah sedap.

Korang nak cuba?

Meh tengok sini gambar ketam kelapa betapa ganas nya rupa dorang. Agak stylo dengan penyepit besar tu, kalau terkena sepit mau bengkak sebulan jari ni. huh

Ketam Kelapa Suka Panjat Pokok Kelapa


Yang pelik dan anehnya, ketam kenari atau dikenali sebagai ketam kelapa ini hanya naik ke darat untuk memanjat pokok kelapa. Sangatlah bijak, lepas tu dia jatuhkan buah kelapa tadi ke bawah untuk mengupas pula buahnya dengan sepitnya yang stylo besar dan kuat tu.

Ketam ini bijak, dia pandai panjat pokok kelapa lepas tu dia tidak pernah mengupas buah kelapa di atas pokok kelapa!


Habitat Kehidupan Ketam Kelapa


Ketam spesis RARE hanya satu-satunya ada di SABAH ini biasanya hidup berhampiran di kawasan yang berlubang serta kawasan berair yang tidak jauh dari kawasan pokok kelapa.

'KETAM KELAPA' adalah ketam darat terbesar di dunia, yang mempunyai berat setiap seekor kira-kira 5 hingga 9 kilogram.

Buat kelapa bukanlah satu-satunya makanannya feveretnya walaupun nampak macam makanan harian ketam kelapa. Special ketam ni sebab dia suka dengan kelapa je.

Ketam Kelapa juga dikenali sebagai Robber Crab. Kenapa ianya dipanggil macam tu? Sebab sifat ketam ni sama macam pencuri yang memanjat pokok kelapa senyap-senyap di waktu malam semasa tiada aktiviti di sekitarnya.


Dekat Mana Nak Jumpa Ketam Kelapa Ni?


Di Indonesia ketam super power ni dikenali sebagai 'Ketam Kenari' dan selalu kelihatan di Pulau Talaud, Sulawesi dan juga beberapa tempat yang lain.

Di Malaysia pula adalah secara eksklusif, hanya SABAH sahaja tempat lepak KETAM KELAPA ni. Tempat mereka tinggak ada dua tempat iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai; kedua-duanya di daerah Tawau/Semporna, SABAH.




Kalau korang tengok dari bentuknya agak kelihatan sangat seram dan geli. Tetapi bagi mereka yang sudah kenali ketam kelapa ini merasa ianya sesuatu yang normal dan biaasa.

Ada juga yang makan ketam kelapa ini, dorang cakap sama macam ketam biasa TETAPI lebih 'juicy' dan penuh padat isi daging yang putih dan tebal. SEDAP katannya!

Berapa Harga Hetam Kelapa? 


TERSANGAT lah mahal. Ketam nyior ini adalah hariwan terlindung jadi harga pasaran biasa untuk ketam kelapa dengan jualan harga di restoran biasa adalah dalam RM300 sekilo!





Ketam besar gedabak ni tidaklah ganas sangat untuk menyerang manusia mahupun binatang lain. Ketam ini punyai panjang yang boleh mencecah satu meter. Ketam ini yang TERLALU CINTAKAN Buah Kelapa sampaikan dia tidak akan abil peduli langung sekiranya korang berhampirannya.

Makanan lain untuk ketam hebat ini adalah ketam-ketam kecil, buah pandan, burung-burung kecil termasuk juga kulit kayu yang sudah mati.

Kalau korang nak beli binatang pelik, ketam ini pun boleh dijadikan PET untuk jadikan binatang peliharaan korang kerana penjagaannya yang mudah dan tidak ganas.

Apa yang best, ketam muka ganas dan agak gerun ni yang selalu sangat jadi mangsa dengan binatang lain selain manusia seperti makanan babi hutan, burung-burung yang lebih besar seperti helang, biawak dan sebagainya.

Kalau korang peminat ketam, boleh kot datang Sabah dekat Pulau Sipadan. Untuk tengok-tengok ketam hebat dengan muka gerun ni.

Datanglah ke Sabah dan lawatilah Pulau Sipadan dan Kapalai kerana ketam ini banyak dan mudah ditemui di sana.

Ada yang mengatakan Ketam Kelapa ini dapat ditemui di beberapa pulau sekitar Pantai Timur yang rimbun dengan pohon Kelapa. Selamat Mencuba!






Viewing all articles
Browse latest Browse all 183