Quantcast
Channel: Mejuez
Viewing all articles
Browse latest Browse all 183

Clever Girl Malaysia TV3 2016 Biodata Senarai Peserta

$
0
0
Clever Girl Malaysia

Clever Girl Malaysia TV3

Clever Girl Malaysia adalah sebuah program realiti game show TV3. Ia juga tidak menggunakan apa-apa sistem SMS sebagai undian. Setiap peserta program realiti game show Clever Girl Malaysia TV3 2016 ini, akan dinilai berdasarkan pencapaian prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan bermula..

Untuk final akhir program TV3 Clever Girl Malaysia ini, peserta yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan digelar Clever Girl Pertama Malaysia 2016 dan juga peserta akan memenangi wang tunai sebanyak RM 100,000. Lebih menarik lagi, rancangan ini akan dihoskan oleh Alif Satar.

Clever Girl Malaysia yang akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap hari Ahad bermula pada 13 Mac 2016 jam 9.00 malam di TV3. 

Bagi para penonton juga berpeluang untuk menonton live di televisyen untuk mengetahui perkembangan dan persiapan Clever Girl Malaysia dalam siri program Diari Clever Girl Malaysia pada setiap hari Ahad jam 6.00 petang bermula 6 Mac 2016.

Program realiti game show ini menampilkan seramai 14 orang gadis terpintar dari setiap negeri yang ada di Malaysia untuk bertanding bagi menunjukkan prestasi kebolehan mereka menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan tersebut bermula, demi merebut gelaran Clever Girl Pertama Malaysia. Selain daripada menjawab soalan-soalan pada hari pertandingan, para peserta juga dikehendaki melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat.

Berjayakan mereka untuk merebut gelaran gadis pertama"Clever Girl Malaysia" dalam program realiti game show TV3 2016 ini? Saksikan mereka tonton secara live streaming di TV3 dan juga www.tonton.com.my setiap hari Ahad, 9.00 Malam di TV3.

Video Dan Gambar Senarai Peserta Clever Girl TV3 Malaysia 2016 live streaming


Peserta Clever Girl Malaysia TV3

Senarai Nama Profile Biodata Clever Girl Malaysia 2016 Dan Instagram


Aainaa Clever Girl Malaysia 2016
Nur ‘Aainaa Binti Zulkiflie

Nama Panggilan: ‘Aainaa
Umur: 30 Tahun
Pekerjaan: Mahasiswa
Pengajian: Mahasiswa Ijazah Kedoktoran Pengurusan Projek
Wakil: Pulau Pinang



Aliana Clever Girl Malaysia 2016
Nur Aliana Binti Ahmad Rozaino

Nama Panggilan: Aliana
Umur: 25 Tahun
Pekerjaan: Penasihat Kewangan
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Aberystwyth,
Wales, United Kingdom
Wakil: Melaka



Sofia Clever Girl Malaysia 2016
Wan Zarith Sofia Binti Wan Abd Aziz

Nama Panggilan: Sofia
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Eksekutif Pemasaran
Pengajian: Diploma Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia
Wakil: Johor



Mary Clever Girl Malaysia 2016
Mary Josephine Binti Muhammad Houston

Nama Panggilan: Mary
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Pelajar Separuh Masa
Pengajian: Mahasiswa Sarjana Muda Perniagaan & Perdagangan,
Wakil: Pahang



Fatin Clever Girl Malaysia 2016
Fatin Nuraisya Binti Mohd Hanipha

Nama Panggilan: Fatin
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, International Islamic
University Malaysia
Wakil: Kelantan



Jane Clever Girl Malaysia 2016
Lam Wai Chuin

Nama Panggilan: Jane
Umur: 24 Tahun
Pekerjaan: Mahasiswa
Pengajian: Mahasiswa Sijil Amalan Undang-Undang (CLP)
Wakil: Perak



Sarah Adiba Clever Girl Malaysia 2016
Sarah Adiba Binti Mohammed Yussof

Nama Panggilan: Sarah
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Jurutera Operasi
Pengajian: Ijazah Kejuruteraan Petroleum, Major dalam Penggerudian
Wakil: Sabah



Ethel Clever Girl Malaysia 2016
Ethel Lampai Anak Ringgit

Nama Panggilan: Ethel
Umur: 29 Tahun
Pekerjaan: Pembantu Pengurus Pemasaran & Komunikasi
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Teknologi MARA
Wakil: Sarawak



Tunku Intan Clever Girl Malaysia 2016
Tunku Intan Mahiya Binti Tunku Mahamad

Nama Panggilan: Tunku Intan
Umur: 29 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
Wakil: Kedah



Arina Clever Girl Malaysia 2016
Arina Binti Mohd Fairin Lum

Nama Panggilan: Arina
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
Wakil: Selangor



Adilah Clever Girl Malaysia 2016

Nur Adilah Binti Azhari


Nama Panggilan: Adilah
Umur: 29 Tahun
Pekerjaan: Pegawai Aktuarial & Pengurusan Risiko
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Aktuarial Sains, Universiti Teknologi MARA
Wakil: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Sarah Clever Girl Malaysia 2016
Sarah Binti Muhammad Afandi

Nama Panggilan: Sarah
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Jurutera Petrofizik
Pengajian: Ijazah Sarjana Kejuruteraan Petroleum, Universiti Teknologi Malaysia
Wakil: Terengganu



Aqeelah Clever Girl Malaysia 2016
Nurul Aqeelah Binti Azman

Nama Panggilan: Aqeelah
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Bond University, Australia
Wakil: Perlis



An Nuur Clever Girl Malaysia 2016
An Nuur Nadhirah Binti Abdul Halim

Nama Panggilan: An Nuur
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia
Wakil: Negeri Sembilan




Viewing all articles
Browse latest Browse all 183