Quantcast
Channel: Mejuez
Viewing all articles
Browse latest Browse all 183

Drama Suami Tanpa Cinta Astro Ria

$
0
0
Drama Suami Tanpa Cinta

Suami Tanpa Cinta Astro Ria


Drama Suami Tanpa Cinta terbaru dari terbitan Pena Creative Picture Sdn.Bhd selepas kejayaan drama Tuan Anas Mikael, kali ini drama baru bakal ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD. Drama ini akan muncul selepas tamatnya drama Aku Bukan Bimbo iaitu drama Suami Tanpa Cinta dari adaptasi novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil.

Drama Suami Tanpa Cinta bakal ditayangkan pada 4 April 2016  dan sebanyak 16 episode kesemuanya yang akan ke udara pada jam 10 Malam setiap hari Isnin hingga Khamis.

Lakonan Janna Nick bersama gandingan Shukri Yahaya? Macam mana lakonan mereka berdua? Adakah sama mood dengan cerita Kau Aku Kita yang telah menang Anugerah DFKL 2016? Nantikan lakonan mereka berdua, dengan harapan aku supaya jalan cerita ni bagus macam Tuan Anas Mikael.

Pelakon Drama Suami Tanpa Cinta

Senarai pelakon watak dalam drama ini dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti :


Novel Suami Tanpa Cinta

Bagi peminat novel, korang boleh dapatkan novel Suami Tanpa Cinta di bawah ini 
dengan harga RM30. 
Penghantaran secara POS LAJU 
dan dijamin SAMPAI dengan selamat.


    Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta


    “Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”

    Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.

    Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”

    Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”

    Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”

    Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”

    Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”

    Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...

    “Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”

    OST Lagu Tema Suami Tanpa Cinta

    Mungkin Saja - Janna Nick


    Gambar Pelakon Watak Dan Disebalik Tabir Drama Suami Tanpa Cinta


    Disebalik Tabir Suami Tanpa Cinta
    Ain Dan Zaidan Suami Tanpa Cinta
    Aleesya Dan Zaidan Suami Tanpa Cinta
    Janna Nick Dan Shukri Yahaya Suami Tanpa Cinta
    Drama Suami Tanpa Cinta


      Full Episode | Live Streaming Online | Drama Suami Tanpa Cinta


      Viewing all articles
      Browse latest Browse all 183

      Latest Images

      Trending Articles